Kehidupan awal dan pendidikan Putri Ariani

Putri lahir dengan nama Ariani Nisma Putri pada tanggal 31 Desember 2005 di Bangkinang, Kampar, Riau. Beliau ialah anak sulung dari tiga beradik daripada pasangan Ismawan Kurnianto dan Reni Alfianty, dan merupakan cucu pertama dalam keluarga besarnya. Putri memiliki dua adik perempuan bernama Devina Elysia dan Vania Larissa.[4]

Putri lahir secara pramatang dalam usia kandungan 6 bulan 18 hari ketika ibunya mengalami plasenta previa. Selepas lahir, Putri perlu dirawat dalam inkubator bayi selama 3 bulan di hospital.[5] Putri kemudian disahkan mengalami katarak setelah dikeluarkan dari inkubator. Ibu bapanya kemudian membawa Putri untuk berubat ke Singapura, dan dinyatakan bahawa ia mengalami retinopati pramatang, dan sempat melakukan pembedahan bagi mata kanannya tetapi tidak berhasil.[6][4][7] Beliau disahkan buta keseluruhan ketika berusia 3 bulan.[8]

Bakat nyanyian Putri muncul semasa dirinya berusia dua tahun. Kegemarannya muncul berawal dari ia sering meniru bunyi suara yang didengarkan.[8] Putri mempelajari muzik secara otodidak tanpa mengikuti kelas vokal. Beliau mula melakukan persembahan nyanyian di atas pentas sejak berusia tujuh tahun.[9] Putri mengaku bahawa beliau kerap mendapatkan perundungan kerana mempunyai fizikal yang berbeza.[10]

Pada tahun 2021, Putri menempuh pendidikan sekolah menengah atas di SMK Negeri 2 Kasihan atau yang dikenal Sekolah Menengah Muzik Yogyakarta (SMM) di Kabupaten Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta, dengan pengkhususan alat seruling. Beliau juga pernah diundang sebagai pendendang vokal solo dalam konsert SMM.[11][12]

Rujukan

WikiPedia: Putri Ariani https://hot.detik.com/music/d-6759866/putri-ariani... https://www.detik.com/sumbagsel/berita/d-6760917/p... https://www.detik.com/jateng/berita/d-6759884/perj... https://www.haibunda.com/moms-life/20230607152930-... https://www.instagram.com/arianinismaputri/ https://www.jawapos.com/entertainment/amp/01767163... https://www.kapanlagi.com/showbiz/televisi/ariani-... https://www.kompas.com/entertainment/read/2018/09/... https://www.liputan6.com/showbiz/read/2080553/aria... https://edukasi.okezone.com/read/2023/06/07/624/28...